4 Jenis Basikal yang Ada di Pasaran

0
11353

Siapa tak kenal basikal? Baik dari kanak-kanak hingga dewasa, kini kenderaan beroda dua ini dijadikan hobi dalam mengisi masa lapang.

Aktiviti santai ini mampu menyihatkan badan di samping mengeratkan hubungan. Kesihatan mental dan masalah stress turut dapat dielakkan melalui rembesan hormon endorfin dengan melakukan aktiviti berbasikal.

4 Jenis Basikal yang Ada di Pasaran

Image via : CyclingWeekly

Ada basikal yang murah, ada basikal yang mahal. Semuanya bergantung pada poket anda.
Jom kita tengok basikal apa yang ada di pasaran.

1.Basikal fixie

Basikal ini mudah dijaga namun mempunyai gear tunggal. Jadi, kebanyakan penunggang
memilih untuk tidak meletakkan brek namun jika anda seorang yang baru belajar menunggang basikal ini, lengkapkan basikal anda dengan fungsi brek demi keselamatan bersama. Reka bentuknya yang juga sederhana membolehkan kanak-kanak seawal usia 6 tahun menunggang basikal ini.

Image via : Productnation

2.Basikal gunung (MTB)

Basikal ini direka untuk dibawa di atas permukaan yang kasar dan mencabar apatah lagi
mengayuh di laluan yang curam. Mempunyai beberapa gear dan penyerap kejutan (suspension), fungsi ini membantu dalam menstabilkan kayuhan. Basikal ini juga sedikit berat dan kurang sesuai untuk dikayuh di jalan raya.

4 Jenis Basikal yang Ada di Pasaran

Image via : RakapBesi

3.Basikal lipat

Ya, basikal ini boleh dilipat. Mudah dibawa ke mana sahaja. Basikal ini sesuai untuk dibawa
bersama jika anda ingin bekerja, bercuti, konvoi atau mengembara menikmati alam. Fungsinya yang boleh dilipat membantu meminimumkan penggunaan ruang simpanan. Kebanyakan basikal lipat mempunyai tayar yang agak kecil jadi, kurang sesuai untuk mereka yang berbadan besar.

Image via : Sabah Post

4. Basikal elektrik

Kalau anda malas nak kayuh basikal, anda mesti mencuba basikal jenis ini. Seperti namanya, basikal ini berfungsi membantu penunggang yang cepat penat mengayuh dan malas mengayuh kenderaan beroda dua ini.
Rekaan yang seakan-akan motorsikal, dapat membawa penunggang sampai ke destinasi yang dituju dan tidak perlu berhenti berehat akibat kepenatan. Kini tiada lagi alasan untuk tidak mengayuh.

Image via : prebiu

Sesuai untuk dibawa di jalan raya namun tidak sesuai di tempat curam. Harga sedikit keras
tetapi berbaloi.

Jadi, anda dah pilih basikal idaman anda? Apa tunggu lagi? Jom kayuhh!
Tapi kejappp!

AWAS!

Jangan kayuh di tengah-tengah jalan. Patuhi undang-undang jangan sampai menyusahkan orang lain.

Untuk maklumat lanjut sila imbas Kod QR


For further inquiry please contact us: Max 012-2969969, Christine 012-3590048 or YG 016-2020911.

 

Author credit: Siti Nurhidayah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here