Pandemik yang melanda dengan penutupan sempadan negeri dan daerah menjadikan ramai orang mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan mencuba hobi baru seperti berbasikal, larian dan sebagainya.
Kini, rentas negeri dan daerah telah dibenarkan jadi ramai orang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga melancong, bersiar-siar dan beriadah. Kecondongan rakyat Malaysia dalam sukan berbasikal menunjukkan peningkatan yang ketara sejak akhir-akhir ini. Selain berbasikal sekitar kawasan kejiranan rumah, anda boleh singgah ke 6 kawasan ini untuk berbasikal.
1. Taman Tasik Perdana (Perdana Lakeview East), Cyberjaya
Cyberjaya yang terletak berdekatan dengan pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya,
menawarkan lokasi berbasikal yang mesti dikunjungi ramai. Selain mempunyai pemandangan yang cantik, kawasan ini memberi cabarannya yang tersendiri kerana mempunyai laluan yang berterusan dan tidak putus dari Cyberjaya ke Putrajaya.
Kawasan ini sesuai untuk anda bawa keluarga anda melakukan aktiviti berbasikal secara
santai. Pengunjung boleh membawa basikal sendiri atau menggunakan perkhidmatan sewaan basikal yang disediakan di sini.
2. Putrajaya
Putrajaya merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan landskap dan bangunan menarik yang sentiasa menarik perhatian pelancong untuk singgah ke sini. Bandar yang dilengkapi dengan kemudahan laluan pejalan kaki dan basikal ini merupakan sebuah bandar pintar dalam taman yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Anda boleh berbasikal secara santai sambal berswafoto dengan mengelilingi Jambatan Putra, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan Tasik Putrajaya.

Image via : iproperty
3. Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Terletak di Presint 11 Putrajaya, kawasan seluas 41 hektar ini mempunyai lanskap taman
bercirikan Eropah. Sering menjadi tempat pengambaran filem, taman ini sememangnya cantik
dengan bunga-bungaan dan pokok yang dijaga rapi serta indah hingga membuat ramai
pengunjung datang ke sini.
Namun, taman ini mempunyai laluan berbukit yang memberi cabaran tersendiri semasa
mengelilingi kawasan taman ini. Anda jangan risau kerana anda boleh berehat di pondokpondok yang disediakan. Selain berbasikal, anda boleh beriadah dan berkelah bersama orang tersayang.
4. Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park)
Buat peminat sukan basikal lasak, anda boleh singgah ke sini kerana taman ini menyediakan 2 laluan yang berbeza iaitu laluan mountain bike (MTB) dan BMX. Terletak di Presint 5 Putrajaya, taman ini tidak mengenakan bayaran, dibuka seawal 10 pagi dan mempunyai kawasan tempat letak kenderaan yang luas. Anda juga boleh singgah ke bahagian wall climbing untuk mencabar daya ketahanan diri anda.
5. Taman Tasik Shah Alam
Taman tasik buatan manusia ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tasik Timur, Tasik Tengah dan Tasik Barat. Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah di mana-mana bahagian tasik ini. Trek basikal yang disediakan luas, berturap dengan baik dan selamat untuk semua golongan peringkat umur.
Kawasan yang dijaga cantik dan menenangkan ini juga menawarkan perkhidmatan sewaan
kayak dan boat. Jadi apa tunggu lagi? Bawalah seisi keluarga datang ke sini, berswafoto
mengelilingi taman ini.

Image via : Gowhere
6. Taman Botani Negara (Bukit Cerakah), Shah Alam
Dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah, taman ini menjadi tempat kunjungan orang ramai
untuk bermain basikal. Bayaran masuk dikenakan bagi menjaga alam sekitar di sini.
Khidmat sewaan basikal yang berpatutan juga menjadi tarikan pengunjung membawa
keluarga untuk beriadah di sini. Kawasan tenang dipenuhi dengan flora dan fauna
menawarkan tarikan lain yang popular seperti rumah 4 iklim dan Skytrex.
Oleh: Siti Nurhidayah

For further inquiry please contact us: Max 012-2969969, Christine 012-3590048 or YG 016-2020911.




























































































