Heyya! Jika anda ingin menceburkan diri dalam sukan berbasikal di jalan raya, ikuti
perkongsian dan tips yang wajib anda patuhi ini:
1. Keselamatan Diri:
Persediaan Diri
Sehari sebelum memulakan aktiviti basikal anda hendaklah melakukan “carbo loading” iaitu
makan dengan cukup, minum dengan cukup dan rehat atau tidur dengan mencukupi agar
dapat fokus dan kayuh lebih jauhhh. Pengambilan nutrien yang cukup mampu membekalkan tenaga untuk mengayuh dengan lebih bersemangat.
Pakaian
Pakai pakaian yang sesuai dan selesa seperti jersi dan seluar berbasikal. Ia dicipta untuk
membuat kita lebih aerodinamik semasa mengayuh serta dapat melindungi anggota badan
daripada berlakunya kecederaan seperti melecet dibahagian kaki dan badan. Helmet juga
antara aksesori wajib dipakai sewaktu mengayuh.
2. Keselamatan Basikal:
Pemeriksaan Basikal
Pastikan basikal anda dalam keadaan selamat. Periksa keadaan tayar seperti tekanan angin, bunga tayar dan cecair seal bagi tayar tubeless. Selain itu, periksa keadaan gear basikal dan pastikan ada minyak pelincir untuk menjadikan gear anda lebih ringan.
Alat keselamatan
Lampu perlu dipasang di bahagian hadapan dan belakang basikal anda apatah lagi loceng
basikal yang mampu menolong menyelamatkan diri anda dan orang sekeliling.
Kit alatan membaiki basikal juga antara alatan yang paling penting kerana dapat membantu anda membaiki basikal apabila berada jauhhh dari bengkel basikal.
3. Rancang perjalanan/route basikal:
Trek/laluan basikal
Bagi yang baru memulakan aktiviti berbasikal ini anda disarankan menggunakan laluan basikal yang disediakan atau berbasikal di kawasan perumahan serta kawasan taman yang
mempunyai laluan basikal.
Latihan ini dapat meningkatkan kemahiran berbasikal anda sebelum anda memulakan
kayuhan di jalan raya.
Cuaca
Sebelum memulakan perjalanan berbasikal,anda perlu peka dengan keadaan cuaca bagi
menggelakan keadaan yang tidak dingini berlaku. Anda juga boleh rujuk di aplikasi telefon
anda untuk mengetahui keadaan cuaca semasa. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan aagituhh.
Image via : The Guardian
4. Isyarat Tangan:
Isyarat ke kanan atau kiri
Seperti yang kita tahu basikal tidak mempunyai lampu isyarat seperti motosikal. Justeru, anda perlu memahami dan belajar cara-cara memberi isyarat tangan ketika ingin membelok, perlahan dan memberhentikan basikal. Terdapat pelbagai rujukan yang boleh anda pelajari mengenai isyarat tangan yang perlu anda lakukan sewaktu berbasikal di laman sesawang.
5. Patuhi Undang-undang Jalan Raya:
Akta Pengangkutan Jalan
Tahukah anda? Penunggang basikal tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan
Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan
kenyataan pada 22 Disember 2020, menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas
jalan raya adalah menjadi kesalahan dan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1
tahun serta boleh didenda sehingga RM5 000. Haaa sayang nyawa tak? Sayang duit ke takkk??
Image via : mapmyrun
Patuhi Lampu Isyarat
TOLONGGGGG!! Tolong berhenti bila lampu isyarat berwarna merah!
Ianya mampu menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Beli basikal mahal-mahal tapi tak ikut peraturan pun aiyoo susahlah.
Anda dilarang untuk mengayuh basikal di bahagian kanan jalan raya kecuali untuk membelok ke kanan. Anda juga mesti mengayuh di sisi paling kiri jalan raya jangan ke tengah ke tepi sampai membahayakan orang lain. Kalau kemalangan siapa yang susah? Semua orang susah.
Ingat! Pastikan jika anda berbasikal secara berkumpulan, hendaklah berbaris dalam 1 barisan.
Dan yang paling penting jagalah keselamatan diri sendiri serta kumpulan berbasikal anda ketika berada di kawasan jalan raya. Jika kawasan jalan raya tersebut mempunyai laluan basikal, utamakan penggunaan laluan itu dahulu.
Kayuh cermat, jiwa selamat.
Untuk maklumat lanjut sila imbas Kod QR
For further inquiry please contact us: Max 012-2969969, Christine 012-3590048 or YG 016-2020911.
Author credit: Siti Nurhidayah